KARPAL SINGH MATI DALAM KEMALANGAN NGERI 17 APRIL 2014
Karpal Singh yang juga merupakan Ahli
Parlimen Bukit Gelugor dilaporkan maut dalam satu kemalangan ngeri di kilometer
301.6, Lebuh Raya Utara-Selatan menghala arah utara berhampiran Gua Tempurung,
Perak. Berita nahas kemalangan yang mengejutkan ramai pihak itu berlaku sekitar
jam 1.30 pagi tadi.
Menurut laporan awal, mangsa yang juga turut
terkorban dalam kemalangan berkenaan adalah pembantu peribadinya Michael
Cornelius sementara anaknya, Ram Karpal dan pemandu mengalami kecederaan dan
sedang dirawat di Hospital.
Seorang lagi penumpang yang juga
pembantu rumah warga Indonesia parah dan kini dirawat di Hospital Raja
Permaisuri Bainun (HRPB). Difahamkan, semua ahli keluarga Karpal, termasuk
isteri beliau sudah berada di hospital semenjak dari pagi tadi.
Mengenai kejadian itu, Karpal
dipercayai dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang kerana perlu
menghadiri satu kes mahkamah pagi ini. Punca kemalangan dikatakan berlaku
apabila kenderaan jenis Toyota Alphard dinaikinya melanggar sebuah lori yang cuba
menukar laluan tanpa memberikan isyarat terlebih dahulu.
Sementara itu, anak sulung Karpal,
Gobind Singh Deo mengesahkan pemergian bapanya melalui satu kenyataan di
Twitter pada pukul 3.40 pagi tadi (Khamis). Laporan terdahulu melaporkan Karpal
pernah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya pada 2005 yang menyebabkan
beliau lumpuh dan sejak itu menggunakan kerusi roda.
Beberapa gambar kereta Karpal Sigh semasa kejadian
Comments
Post a Comment