KARNIVAL BERAMBEH @ BINTULU 2014..........SAYANGI BINTULU

Bintulu, 8 April 2014 - Bandar Bintulu sekali lagi menempa sejarah nya yang tersendiri di mana telah dipilih oleh pihak RTM dan Kerajaan Negeri Sarawak sebagai tuan rumah untuk Karnival Berambeh Bintulu 2014 ..........Sayangi Bintulu akan diadakan selama 5 hari di Lapangan Terbang Lama Bintulu bermula 9 hingga 13 April 2014. Pameran tersebut akan bermula seawal jam 8 pagi hingga 10 malam setiap hari. Di jemput semua warga Malaysia atau sesiapa sahaja yang berdekatan ataupun jauh dari Bandar Bintulu datang beramai-ramai untuk memeriahkan lagi karnival yang julung-julung kali nya diadakan di Sarawak.

Sebanyak lebih 36 buah 'booth' Jabatan dan Agensi Kerajaan akan mengadakan pameran produk dan servis masing-masing juga sebanyak 310 buah 'booth' untuk sektor swasta dari dalam dan luar kawasan Bintulu turut menyertai pameran besar-besaran ini. Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang pameran ini berlangsung. Bawalah keluarga anda datang beramai-ramai ke karnival ini kerana banyak maklumat yang akan anda perolehi dari pameran tersebut.......





Comments

Popular posts from this blog

RAWATAN BEKAM SECARA ISLAM

MESYUARAT KOLABORASI BERSAMA KEMAS DAN JABATAN KESIHATAN BAGI PROGRAM KOSPEN PERINGKAT ZON SARAWAK

KARPAL SINGH MATI DALAM KEMALANGAN NGERI 17 APRIL 2014