Posts

HARI POTENSI KANAK-KANAK PERINGKAT KEBANGSAAN

Image
Kontijen Negeri Sarawak yang akan menyertai hari Potensi Peringkat Kebangsaan bertempat di Politeknik, Kok Lanas, Kota Baharu, Kelantan dari 13 hingga 15 November 2014. Daripada keseluruhan penyertaan kontijen Negeri Sarawak yang berlepas ke Kelantan untuk Pertandingan Hari Potensi Kanak-kanak Peringkat Kebangsaan, terdapat juga penyertaan kanak-kanak dan juga guru Tabika Kemas Parlimen Bintulu yang menyehut cabaran dalam pertandingan tersebut nanti. Admin mewakili keseluruhan staff Kemas Bintulu mendoakan kejayaan kanak-kanak dan guru yang turut sama mewakili dan mengharumkan nama Bintulu dan Negeri Sarawak amnya.

MESYUARAT KOLABORASI BERSAMA KEMAS DAN JABATAN KESIHATAN BAGI PROGRAM KOSPEN PERINGKAT ZON SARAWAK

Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Klaborasi Bersama diantara Jabatan KEMAS dan Jabatan Kesihatan bagi Program Komuniti Sihat Perkasa Negara (KOSPEN) akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut :                               Tarikh  :  26 - 27hb April 2014 ( Sabtu dan Ahad )                               Masa    :   08.00 pagi - 05.00 petang                               Tempat  :   Dewan Suarah Sibu Mesyuarat ini akan dihadiri oleh :                     1. Masna binti Masir ( Penyelia Kawasan N.58 Kidurong )                     2. Awang Abdul Manan bin Awang Robat ( Penyelia Kawasan N.59 Kidurong )                     3. George Simson Robert ( Penyelia Kawasan N.60 Kemena )                     4. Siti Nurul Amiza binti Mos ( PM GDW Parlimen P.217 Bintulu )                  

KARPAL SINGH MATI DALAM KEMALANGAN NGERI 17 APRIL 2014

Image
Karpal Singh yang juga merupakan Ahli Parlimen Bukit Gelugor dilaporkan maut dalam satu kemalangan ngeri di kilometer 301.6, Lebuh Raya Utara-Selatan menghala arah utara berhampiran Gua Tempurung, Perak. Berita nahas kemalangan yang mengejutkan ramai pihak itu berlaku sekitar jam 1.30 pagi tadi. Menurut laporan awal, mangsa yang juga turut terkorban dalam kemalangan berkenaan adalah pembantu peribadinya Michael Cornelius sementara anaknya, Ram Karpal dan pemandu mengalami kecederaan dan sedang dirawat di Hospital. Seorang lagi penumpang yang juga pembantu rumah warga Indonesia parah dan kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB). Difahamkan, semua ahli keluarga Karpal, termasuk isteri beliau sudah berada di hospital semenjak dari pagi tadi. Mengenai kejadian itu, Karpal dipercayai dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang kerana perlu menghadiri satu kes mahkamah pagi ini. Punca kemalangan dikatakan berlaku apabila kenderaan jenis Toyota Alphard dinaik

MAJLIS TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT NEGERI SARAWAK TAHUN 1435H/2014M

Bintulu - Pada tahun 1435h bersamaan 2014m sekali lagi Bintulu mendapat kepercayaan oleh kerajaan negeri Sarawak untuk menjadi tuan rumah bagi Majlis Tilawah Al-Quran peingkat negeri Sarawak yang mana pada tahun ini telah terpahat sejarah ianya di rasmikan pembukaan dan penutupan oleh YAB Tan Sri Hj Adenan bin Hj Satem sebagai Ketua Menteri Sarawak dan TYT Pehin Seri Taib bin Mahmud sebagai Tuan Tang Terutama Negeri Sarawak yang baru sebulan lebih menyandang jawatan tersebut. Majlis tersebut telah berlangsung di Dewan Suarah Bintulu dan akan berlangsung dari 13 hingga 16 April 2014. Diharapkan umat muslimin dan muslimat yang berada sekitar Bintulu dapat hadir dan turut sama mengimarahkan majlis tersebut.

KARNIVAL BERAMBEH @ BINTULU 2014..........SAYANGI BINTULU

Image
Bintulu, 8 April 2014 - Bandar Bintulu sekali lagi menempa sejarah nya yang tersendiri di mana telah dipilih oleh pihak RTM dan Kerajaan Negeri Sarawak sebagai tuan rumah untuk Karnival Berambeh Bintulu 2014 ..........Sayangi Bintulu akan diadakan selama 5 hari di Lapangan Terbang Lama Bintulu bermula 9 hingga 13 April 2014. Pameran tersebut akan bermula seawal jam 8 pagi hingga 10 malam setiap hari. Di jemput semua warga Malaysia atau sesiapa sahaja yang berdekatan ataupun jauh dari Bandar Bintulu datang beramai-ramai untuk memeriahkan lagi karnival yang julung-julung kali nya diadakan di Sarawak. Sebanyak lebih 36 buah 'booth' Jabatan dan Agensi Kerajaan akan mengadakan pameran produk dan servis masing-masing juga sebanyak 310 buah 'booth' untuk sektor swasta dari dalam dan luar kawasan Bintulu turut menyertai pameran besar-besaran ini. Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang pameran ini berlangsung. Bawalah keluarga anda datang beramai-ramai ke karnival ini kerana b

RAWATAN BEKAM SECARA ISLAM

Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Bintulu ada menawarkan pelbagai perkhidmatan dalam sektor kerajaan dan salah satunya adalah cawangan bina insan atau kelas asas fardu ain, selain itu rawatan bekam secara Islam yang kepada sesiapa sahaja yang inginkan kesihatan yang berkekalan, ianya dikendalikan sendiri oleh Penyelia Bina Insan Parlimen Bintulu, Ustaz Zamri bin Saidi. Jika Ingin kan sebarang maklumat boleh lah berhubung sendiri dengan beliau di talian 019-4837015

MESYUARAT CAWANGAN PD & P / 3P / CPM / PRA-SEKOLAH SARAWAK....

Semua Penyelia PD&P / 3P / CPM akan mengadakan mesyuarat Tahunan pada tarikh dan tempat seperti yang berikut :                                          Tarikh :  11 Mac - 14 Mac 2014                     Tempat : Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak